Monday, January 5, 2009

My Love belong to Ayah & Ibu

Sekejap je baby dah 2 bulan...banyak juga benda-benda berlaku sepanjang 2 bulan menjaga baby ni. Fiesya ni baik...xbanyak karenah...tapi manja sangat...nk orang duduk kat dia sepanjang masa. Tak boleh tinggal...kalau tinggal dia nangis.

Paling sedih masa kena amik darah dia. Kesian sangat. Menangis-nangis baby. Ayah & Ibu tak boleh masuk jadi duk luar je la dengar anak nangis...kita yang kat luar ni pun nangis sama. Fiesya kena amik darah sebab doctor check kuning ni still ada lagi...pastu bila scan dia punya buah pinggang besar sebelah & nampak bengkak skit. Kesian baby...dah la kena amik darah, kena amik air kencing lagi...kalau kita yang besar ni bolehla gi kencing dalam botol...baby ni diaorg masukkan tiub kecik kat dia punya pastu paksa dia kencing. Kesian sangat.

Pastu bila dapat result hospital kata hormon tyrod dia pulak tinggi sangat. Gi lagi skali hospital. Buat test lagi. Tapi Alhamdullilah la lastly semuanya normal. Tahla mungkin hospital salah buat bacaan ke atau mesin rosak masa tu ke...tapi kesian la asyik berulang ke hospital je baby tu...

Masa dalam 40 hari baby dh jalan jauh balik SP. Masa tu buat kenduri kesyukuran skit n cukur pala baby...sedih tengok pala dia botak...harap-harap cepat tumbuh rambut. Lepas tu buat Akikah sekali. Amik 1 bahagian lembu. Cuma tinggal nk buat korban la plak hari raya nanti. Lepas 40 hari jalan jauh lagi balik umah nenek belah kelantan plak.. baby bersunat kat sana.

Lepas Ibu abih pantang je Fiesya selalu la jalan-jalan terutamanya gi jusco. tapi biasanya dia tdo je dalam stroller dia. Fiesya ni paling suka mandi. dia tau je bila kita buka baju dia dah xcited. Mandi je mesti dia senyum...

ok....ni gambar terbaru baby fiesya Irdina